"WelcOmE tO My sEcReT l!Fe...."

assalammualaikum...
kepada follower2 dan teman2 yang mengunjungi blog saya.....jika terdapat sebarang kekurangan pada blog saya... sila tinggalkan komen anda untuk saya perbaiki blog saya...kerjasama anda amat diperlukan..=)

Wednesday, November 18, 2009

SURAT TINGGALANKU

Hati manusia yang tersayang...
tadi malam waktu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan 3 Qul..
ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. sesungguhnya engkau tidak membuang masa.
pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. bagus sekali ! engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. bila Subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudhuk. ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak mininggikan bil air rumahmu.
aku lihat engkau tak pernah membaca bissmillah sewaktu akan makan. ini bagus sekali, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut alhamdulillah. ini bagus juga. cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.
semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen atau seteguk air. ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang diberi Allah kepadamu. engkau seorang yang berjimat cermat. biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, burcuti di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.
aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. engkau mengucapkan "hi everybody!" ini bagus sekali kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab orang kafir dan engkau mengerti bahasa inggeris. tak perlu engkau belajar membaca bahasa arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. engkau membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama....kita berpegangan tangan...menuju NERAKA JAHANAM...
sahabatmu yang tercinta...IBLIS...

No comments: