"WelcOmE tO My sEcReT l!Fe...."

assalammualaikum...
kepada follower2 dan teman2 yang mengunjungi blog saya.....jika terdapat sebarang kekurangan pada blog saya... sila tinggalkan komen anda untuk saya perbaiki blog saya...kerjasama anda amat diperlukan..=)

Sunday, November 22, 2009

dOa uNtUk sEoRaNg KeKasIh

-DOA UTK KEKASIH-
Sekadar usaha buat insan yang bergelar wanita.
Ketahuilah betapa hebatnya doa dalam melayari kehidupan....
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Ya Allah...
Ya Tuhanku..yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup..ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan..
Dia bukan milikku...
Bawalah die jauh dr pandanganku...
Luputkanlah dia dr ingatanku...
Dan peliharalah aku dr kekecewaan...
Ya Allah..ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan..
Menolak bayangannya jauh kedada langit..
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya....
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan..
Adalah yang terbaik untukku..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...
Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku..
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini...
Janganlah engkau biarkan aku sendirian...
Didunia ini mahupun akhirat..
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan...
dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama sama dapat...
membina kesejahteraan hidup...
Kejalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...
Ya Allah..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..
Dan peliharalah kami dr azab api neraka...amin...amin ..Ya rabbal'aalamin...

Friday, November 20, 2009

ya ALLAH terimalah taubat hamba mu...














YA ALLAH, YA TUHANKU...
aku bermohon kepada mu di malam ini
ampunilah segala dosaku padamu
YA ALLAH..
terimalah taubatku ini..
aku berjanji aku tak akan melakukannya lagi
andai aku alpa dan leka akan suruhan mu
YA ALLAH..
Engkau ingatkanlah aku
YA ALLAH...
tunjukkan aku jalan yang lurus..
jalan yang Engkau redhai...
berilah keredhaan kepadaku..
jadikanlah aku wanita
yang sentiasa malu dan merendah diri
jadikan aku seorang yang sabar
jadikan aku wanita yang solehah
semoga Engkau tempatkan aku
 

di tempat yang mulia di sisiMU...
berikan aku peluang menebus segala
dosa yang aku lakukan
dalam sedar atau tidak...
dosaku padaMU...
dosa ku pada kedua orang tuaku..
dosaku pada sahabat,teman,guru...
andai nyawaku semakin hampir...
untuk bertemu dengn MU
aku pasrah YA ALLAH...
tapi, sebelum malaikat yang ditugaskan olehMU
datang untuk mengambil nyawaku...
izinkin aku tunaikan janji ku
pada MU...
izinkan aku bertaubat pada MU..
agar setelah aku mati..
aku ditempatkan bersama golongan orang2
yang beriman....amiiiin....

Thursday, November 19, 2009

me...my self and i...





Ini adalah diri ku yang sebenar......biar apa pun terjadi...aku tetap jadi diri aku.....seorang yang sentiasa ceria....happy....tenang....biarpun diriku dilanda 1001 masalah....that's my way and i like that way.............be honest 4 your self....

Wednesday, November 18, 2009

SURAT TINGGALANKU

Hati manusia yang tersayang...
tadi malam waktu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan 3 Qul..
ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. sesungguhnya engkau tidak membuang masa.
pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. bagus sekali ! engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. bila Subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.
aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wudhuk. ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak mininggikan bil air rumahmu.
aku lihat engkau tak pernah membaca bissmillah sewaktu akan makan. ini bagus sekali, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. dan bila sudah kenyang, engkau tak pernah menyebut alhamdulillah. ini bagus juga. cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.
semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen atau seteguk air. ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang diberi Allah kepadamu. engkau seorang yang berjimat cermat. biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, burcuti di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.
aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. engkau mengucapkan "hi everybody!" ini bagus sekali kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab orang kafir dan engkau mengerti bahasa inggeris. tak perlu engkau belajar membaca bahasa arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. engkau membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama....kita berpegangan tangan...menuju NERAKA JAHANAM...
sahabatmu yang tercinta...IBLIS...

Tuesday, November 17, 2009

SemAnIs MaDaH





 Assalamualaikum....w.b.t
Adat meminang si anak dara,
Hadiah hantaran isinya sirih,
Salam diberi pembuka bicara,
Semoga menjadi pengikat kasih.



Alhamdulillah.....setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Rabbul Izzati kerana dengan limpah kurnia Maha Kasih dan SayangNYA Nidul-Zikri berjaya jua akhirnya saya mencipta laman saya sendiri untuk tatapan teman2 seperjuangan yang masih mengharapkkan perkenalan sesama islam kerana ALLAH s.w.t.....

Akhir kalam....sebelum madah berundur, marilah kita sama2 renungkan...
Cinta pada Bunga, kelak kelayuan akhirnya...
Cinta pada Harta, kelak akan musnah binasa...
Cinta pada manusia, manusia akan pergi...
Cinta pada ALLAH... INSYAALLAH kekal abadi selamanya....kerana itulah cinta hakiki....